Soal Jawab Bab 8 Tingkatan 4 (1)

Apakah perubahan yang berlaku di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
Jawapan:
Perubahannya adaiah dalam bidang pentadbiran, perundangan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, kesenian dan gaya hidup. (ms 196 - 208)

Jelaskan perubahan yang dibawa oleh pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan?
Jawapan:
(a) Institusi raja sebelum Islam dikenali sebagai dewa-raja telah ditukar kepada istilah sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh.
(b) Nasab keturunan daripada peristiwa dewa ke nasab keturunan sultan.
(c) Hubungan institusi kesultanan dengan ulama serta ulama sentiasa menjadi rujukan sultan. (ms 196-197)

Dari manakah asalnya perkataan Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi?
Jawapan:
Perkataan Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India, (ms 197)

Nyatakan tiga lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu?
Jawapan:
Tiga lapisan asas tersebut ialah pemerintahan pusat diketuai oleh sultan, pemerintahan daerah ditadbir oleh pembesar daerah dan pemerintahan kampung diketuai oleh penghulu. (ms 197)

Apakah maksud daulat?
Jawapan:
Daulat bermaksud seseorang raja atau sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah). (ms 198)

Apakah pula maksud daulah?
Jawapan:
Daulah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kuasa atau kerajaan. (ms 198)

Apakah cara lain bagi mengekalkan penghormatan rakyat terhadap institusi raja?
Jawapan:
Cara berpakaian, bahasa, tingkah laku dan adat istiadat pertabalan. (ms 198)

Bagaimana cara pemilihan ketua dalam Adat Perpatih?
Jawapan:
Cara pemilihan ketua dalam Adat Perpatih ialah Anak Buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang memilih Yang diPertuan Besar/Yamtuan. (ms 198)

Nyatakan 12 suku yang terdapat dalam adat perpatih
Jawapan:
12 suku yang terdapat dalam adat perpatih ialah Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Batu Tiga dan Tiga Nenek. (ms 198)

Apakah maksud diat?
Jawapan:
Diat bermaksud hukum, denda atau ganti rugi berupa harta. Hukuman dikenakan kepada pembunuh yang membunuh secara tidak sengaja. (ms 198)

Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (5)

Namakan kanun yang terdapat di Acheh yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam.
Jawapan:
Kanun tersebut ialah Kanun Mahkota Alam. (ms 186)

Apakah yang terkandung dalam Kanun Mahkota Alam di Acheh?
Jawapan:
Kanun tersebut menerangkan tanggungjawab raja sebagai pemerintah dan mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh. (ms 186)

• Pesantren • Dayah
Apakah persamaan antara kedua-dua istilah di atas?
Jawapan:
Senarai di atas adalah berkaitan dengan pusat pendidikan. (ms 187)

Sikap mementingkan ilmu menjadi titik tolak perkembangan pendidikandi Asia Tenggara sehingga mewujudkan banyak institusi pendidikan formal.
Senaraikan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara?
Jawapan:
Institusi pendidikan formal di Asia Tenggara ialah istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau. (ms 187)

Nyatakan peringkat-peringkat sistem pendidikan di Acheh?
Jawapan:
Sistem pendidikan di Acheh terdiri daripada peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman). (ms 188)

Senaraikan tulisan yang digunakan di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam?
Jawapan:
Tulisan tersebut ialah Kawi, Jawa Kuno, Batak dan Rencong. (ms 189)

Apakah yang mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam?
Jawapan:
Budaya dan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh animisme, agama Hindu dan Buddha, (ms 189)

Apakah kesan kedatangan Islam terhadap status Bahasa Melayu di Asia Tenggara?
Jawapan:
Kesannya ialah bahasa Melayu menjadi lingua franca dan sebagai bahasa ilmu serta perbendaharaan katanya juga diperkaya. (msl89)

Bagaimanakah kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara?
Jawapan:
Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni khat, seni bina dan seni ukir. (ms 190)

Apakah fungsi dan dari manakah hasil Baitulmal yang diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam diperoleh?
Jawapan:
Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. (ms 191)

Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (4)

Apakah hasil kesusasteraan yang ditulis pada zaman kegemilangan Kerajaan Johor-Riau?
Jawapan:
Hasil kesusasteraan tersebut ialah Tuhfat al-Nafis dan
Peringatan Sejarah Johor (ms 183)

Nyatakan beberapa buah buku kesusasteraan yang telah dipengaruhi oleh
gaya tulisab Arab yang dihasilkan semasa zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka.
Jawapan:
a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
b) Hikayat Amir Hamzah
c) Hikayat Nabi Muhammad s.a.w Bercukur. (ms 183)

Namakan dua orang pendakwah yang terawal berdakwah di Asia Tenggara?

Jawapan:
Dua orang pendakwah tersebut ialah Syeikh Ismail dan
Fakir Muhammad, (ms 183)

Apakah peranan ulama di Acheh?
Jawapan:
Peranan ulama di Acheh ialah sebagai penasihat raja yang
memerintah. (ms 184)

Bagaimanakah caranya Wali Songo menjalankan dakwah di kalangan
masyarakat Jawa? Jawapan:
Caranya ialah dengan menimbulkan kesedaran dan
menanam semangat bekerja dan beramal, mengikis sifat malas dan mengelakkan hidup membazir dan hidup secara mewah. (ms 184)

Apakah peranan mufti dalam sistem pemerintahan berasaskan Islam?

Jawapan:
Peranan mufti ialah sebagai penasihat sultan dalam hal
ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. (msl85)

Mengapakah Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas memberikan
istilah Zaman Baru kepada Asia Tenggara?
Jawapan:
Pemberian istilah tersebut kerana Asia Tenggara menerima
Islam, (ms 185)

Apakah tujuan penggunaan gelaran sultan di Alam Melayu?

Jawapan:
Tujuan penggunaan gelaran tersebut adalah untuk
mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam serta untuk menjamin kewibawaan raja, (ms 186)

Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka diberi gelaran Khalifatul
Mukminin. Apakah maksud gelaran tersebut?
Jawapan:
Maksud gelaran tersebut ialah pemimpin orang mukmin.
(ms 186)

Namakan undang-undang yang diperkenalkan oleh pemimpin kerajaan
Islam di Asia Tenggara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri?
Jawapan:
Undang-undang tersebut ialah undang-undang syariah. (ms
186)

Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (3)

Apakah tanggungjawab Syahbandar di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara?
Jawapan:
Tanggungjawab Syahbandar di pelabuhan-pelabuhan Asia
Tenggara ialah sebagai pentadbir pelabuhan yang bertanggungjawab berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan. (ms 180)

Senaraikan kerajaan Islam yang awal di Asia Tenggara?
Jawapan:
Kerajaan Islam yang awal di Asia Tenggara ialah Perlak,
Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao, (ms 181)

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Johor-Riau bagi
meningkatkan penyebaran I slam?
Jawapan:
Usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Johor-Riau bagi
meningkatkan penyebaran Islam ialah dengan berusaha menawan kembali Melaka. (ms 181)

Apakah nama raja Pattani yang telah memeluk agama Islam dan menukar
namanya kepada Sultan Mahmud Syah?
Jawapan:
Raja Pattani tersebut ialah Raja Phaya Tu Nakpa. (ms 181)

Apakah yang dilakukan oleh Acheh untuk menyekat kehadiran dan
pengaruh Barat serta agama Kristian di Kepulauan Melayu?
Jawapan:
Menaungi negeri-negeri kecil di Sumatera Utara dan
menakluk negeri- negeri di Tanah Melayu. (ms 181)

Apakah yang menjadi bukti kedatangan Islam ke Champa?

Jawapan:
Bukti kedatangan Islam ke Champa ialah jumpaan batu
nisan bertarikh 1039 M. dan prasasti bertarikh 1025 M. yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang. (ms 182)

Apakah bukti yang menunjukkan Islam telah bertapak di Brunei?

Jawapan:
Bukti yang menunjukkan Islam telah bertapak di Brunei
ialah berasaskan catatan China pada tahun 977M. yang mengatakan Brunei telah menghantar seorang pembesar iaitu Pu Ali ke China, (ms 182)

Namakan pendakwah yang telah menyebarkan Islam di Brunei.

Jawapan:
Pendakwah tersebut ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam
atau Syariff Berkat. (ms 182)

Nyatakan peranan Kerajaan Samudera-Pasai dalam bidang ilmu dan
penyebaran Islam di Kepulauan Melayu?
Jawapan:
Peranan Kerajaan Samudera-Pasai dalam bidang ilmu dan
penyebaran Islam di Kepulauan Melayu ialah sebagai pusat penterjemahan. (ms 183)

Apakah yang dikisahkan dalam karya Bustanus Salatin yang dihasilkan
pada zaman kegemilangan kerajaan Acheh?
Jawapan:
Perkara yang dikisahkan dalam karya Bustanus Salatin
ialah keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman. (ms183)

Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (2)

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyokong pendapat Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah bukti yang dikemukakan oleh beliau bagi menyokong pendapat ini?
Jawapan:

Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi budaya Arab seperti amalan menghormati tetamu, muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin serta persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab, (ms 176) • Sejarah Melayu • Hikayat Raja-raja Pasai

Apakah rumusan yang dapat dibuat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara berdasarkan karya-karya di atas?
Jawapan:
Peranan mubaligh dan pendakwah Arab dalam mengislamkan raja-raja, (ms 176)

Apakah nama hikayat yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab?
Jawapan:
Hikayat yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab ialah Hikayat Raja-Raja Pasai. (ms 176)

Apakah bukti yang mengukuhkan kenyataan S.Q Fatimi bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada 876 M?
Jawapan:
Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sg. Tersat, Kuala Berang, Terengganu. (ms 177)

Apakah catatan penting yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu?
Jawapan:
Catatan pada Batu Bersurat Terengganu adalah berkenaan cara menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang serta hukuman terhadap penzina. (ms 177)

Apakah bukti yang menyokong teori kedatangan Islam dari India?
Jawapan:
Buktinya ialah kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara serta telah wujud hubungan perdagangan dengan India pada abad ke-13. Terdapat batu nisan di Gerisik, Pasai dan Jawa yang bercirikan buatan India, (ms 178)

Apakah yang dimaksudkan dengan sifat mahmudah yang ada pada pedagang yang telah dapat menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam?
Jawapan:
Sifat mahmudah bermaksud sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas dan lemah lembut. (ms 179)

Nyatakan bagaimana Islam disebarkan di Asia Tenggara?
Jawapan:
Islam disebarkan di Asia Tenggara melalui perdagangan, perkahwinan dan pengislaman golongan bangsawan. (ms 179)

Namakan dua orang sultan Melaka yang telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi.
Jawapan:
Raja-raja tersebut ialah Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah. (ms 180)

Nyatakan pemerintah Melaka yang mula-mula memeluk agama Islam.
Jawapan:
Pemerintah Melaka yang mula-mula memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Syah. (ms 180)

Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (1)

Apakah faktor utama yang mempertemukan pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka?
Jawapan:
Tiupan angin monsun. (ms 174)

Selain daripada jalari laut, namakan jalan darat yang menghubungkan tanah besar
Asia.
Jawapan:
Jalan Sutera. (ms 174)

Sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara, apakah agama yang dianuti oleh masyarakat di rantau itu?
Jawapan:
Agama Hindu dan Buddha, (ms 174)

Nyatakan tiga teori atau pendapat para sarjana yang membincangkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Jawapan:
Tiga teori atau pendapat sarjana-sarjana tersebut ialah:
i. Teori pertama mengatakan Islam berkembang ke Asis Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.
ii. Teori kedua mengatakan bahawa Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi China dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.
iii. Teori ketiga mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India dikemukakan oleh Snouck Hurgronje. (ms 175-178)

Apakah faktor yang menyebabkan pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutama di Selat Melaka? (ms 175)
Jawapan:
Kedudukan Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah- tengah laluan perdagangan.

Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang. Apakah bukti pernyataan tersebut?
Jawapan:
Catatan China bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak 300 M. (ms 175)

Sebutkan tiga karya tempatan yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara.
Jawapan:
Tiga karya tempatan yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara ialah Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulauan Sulu. (ms 176)

Apakah kepentingan perkampungan yang dibina oleh pedagang Arab di pelabuhan utama Asia Tenggara?
Jawapan:
Tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari China dan India, (ms 176)

Nyatakan sebab yang telah menarik minat orang tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami agama Islam?
Jawapan:
Kehidupan serta nilai Islam yang murni, kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan dan berhemah tinggi. (ms 176)

Apakah bukti kedatangan Islam dari Tanah Arab?
Jawapan:
Terdapatnya perkampungan orang Arab dan berlakunya perkahwinan antara orang Arab dengan wanita tempatan. (ms 176)

Mukaddimah

Blog ini adalah medium alternatif kepada pelajar-pelajar SPM subjek sejarah mengulangkaji pelajaran. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar sekalian.