Soal Jawab Bab 5 Tingkatan 4 (2)


Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah?
Jawapan:
a) perintah Allah melalui wahyu setelah penentangan hebat yang dilakukan orang-orang Quraisy terhadap Islam.
b) Merupakan satu strategi untuk mengembangkan Islam.
c) penghijrahan adalah atas pelawaan dan jemputan orang Islam Madinah terhadap orang Islam Makkah. (ms 121)

Siapakah yang membantu Nabi Muhammad s.a.w. semasa bersembunyi
di Gua Thur?
Jawapan:
Abdullah bin Abu Bakar, Asma' binti Abu Bakar dan Amir bin Fuhairah. (ms 120)

Siapakah yang membantu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dan Abu
Bakar al-Siddiq ke Madinah?
Jawapan:
Abdullah bin Arqat. (ms 121)

Apakah sikap yang ditunjukkan oleh golongan Ansar terhadap golongan
Muhajirin?
Jawapan:
Menjaga keselamatan dan menyediakan modal untuk berniaga. (ms 120)


Apakah kepentingan hijrah kepada tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam khususnya?
Jawapan:
a) Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung.
b) Peluang Nabi Muhammad s.a.w. mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya Aus dan Khazraj.
c) Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.
d) Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan ekonomi dan sosial yang kemudiannya diberi nama Muhajirin dan Ansar.
e) Menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
f) Nabi Muhammad s.a.w. membina Masjid al-Nabawi yang dijadikan tempat beribadat, belajar, tempat bertemu dan membincangkan masalah orang Islam.
g) Wujud kiraan tahun Hijrah dalam kalendar Islam.
h) Nama Yathrib ditukar kepada Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
i) Hijrah membawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong.
j) Wanita memainkan peranan penting dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara.
k) Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
l) Hijrah menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. dalam mengatur strategi. (ms 122-124)

Apakah Piagam Madinah?
Jawapan:
Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan panduan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah. (msl24)

Apakah peranan Nabi Muhammad s.a.w. dari segi politik seperti terkandung
dalam Perlembagaan Madinah?
Jawapan:
Sebagai pemimpin kerajaan Madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya, sebagai ketua hakim dan baginda bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah. (msl27)


Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi sebagaimana yang terkandung
dalam Perlembagaan Madinah?
Jawapan:
a) Mempunyai hak yang sama dengan masyarakat lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan.
b) Dibenarkan tinggal di Madinah.
c) Kedudukan mereka terjamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
d) Tidak dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara dan orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran mereka. (ms 127)

Apakah saranan yang terkandung dalam Piagam Madinah dari segi
ekonomi?
Jawapan:
a) Tiada diskriminasi untuk memperolehi peluang ekonomi.
b) Islam melarang riba
c) Islam melarang penindasan. (ms 127)
Apakah konsep perundangan yang terkandung dalam Piagam Madinah?
Jawapan:
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam. (msl27)