Soal Jawab Bab 5 Tingkatan 5 (1)

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli?
Jawapan:
a) Suatu sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
b) Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato' Onn Ja'afar.
c) Sir Henry Gurney mencadangkan model Negara Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu.
d) British menyetujuinya sebagai satu dasar dekolonisasi.
e) Disokong oleh Majlis Raja-raja Melayu.
f) British berpendapat sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya. (ms. 117)

Nyatakan langkah-langkah ke arah melaksanakan Sistem Ahli.

Jawapan:
a) Pada Febuari 1950 - Sistem Ahli dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.
b) Pada Julai 1950 - satu rundingan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu telah diadakan di King's House Kuala Lumpur. (ms. 117)

Senaraikan tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dengan perundingan
berkaitan Sistem Ahli di King s House, Kuala Lumpur.
Jawapan:
a) Dato Onn bin Jaafar
b) Dato' Hamzah bin Abdullah
c) Raja Uda
d) Dato Nik Ahmed Kamil
e) Dato E.E.C Thuraisingam
f) En Yong Shook Lin
g) Dr Lee Tiang Keng (ms. 117)

Huraikan Ciri-ciri Sistem Ahli.

Jawapan:
a) Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
b) Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.
c) Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
d) Sistem ini dianggotai sembilan orang Ahli (4 pegawai British, 3 Melayu, 1 Cina, 1 India). e) Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya tinggi British.
f) Ahli mengetuai jabatan / pottolio. (ms. 117)

Senaraikan anggota Sistem Ahli pada peringkat awal.
Jawapan:
Anggota Sistem Ahli tersebut ialah Dato' Onn Ja'afar, Q.A. Spencer, Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid, Dr. Lee Tiang Keng, Dato' E.E.C. Thuraisingam, J.D. Hodgkinson, J.D. Mead dan Dato' Mahmud Mat

Senaraikan tanggungjawab setiap anggota dalam Sistem Ahli.

Jawapan:
a) Ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu potfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan.
b) Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
c) Mereka bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
d) Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama undang-undang yang dicadangkan.
e) Pesuruhjaya Tinggi British memberikan arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut dan selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British. (ms. 118)

Mengapakah Majlis Raja-raja Melayu dan wakil penduduk bersetuju
menerima Sistem Ahli ?
Jawapan:
a) Tapak asas ke arah melatih berkerajaan sendiri
b) Memberi pendedahan kepada pelbagai kaum menimba pengalaman dalam pentadbiran kerajaan moden.
c) Memulakan proses perpaduan di Persekutuan Tanah Melayu.
d) Proses ke arah mencapai kemerdekaan.
e) Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya. (ms. 119)

Mengapakah British bersetuju memperkenalkan Sistem Ahli ?

Jawapan:
a) Proses ke arah berkerajaan sendiri / ke arah kemerdekaan.
b) Selaras dengan hasrat dekolonisasi / Piagam Atlantik
c) Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya
d) Mengelakkan rakyat tempatan terpengaruh dengan PKM. (ms. 119)

Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara.

Jawapan:
a) Menjadi asas bagi melatih penduduk tempatan dalam pengurusan pentadbiran Negara.
b) Memulakan proses perpaduan kaum kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu
c) Menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
d) Memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British. (ms. 119)

Apakah makna pakatan murni?
Jawapan:
Usaha semua pihak atau kaum yang ada di Tanah Melayu ini berganding bahu untuk menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. (ms.119)