Soal Jawab Bab 5 Tingkatan 5 (2)

Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Dato Onn Ja afar untuk melaksanakan pakatan murni.
Jawapan:
a) Mendokong Jawatankuasa Hubungan Kaum (JHK) atau Communities Liason Committee (CLC). b) Menerima kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu.
c) Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA).
d) Mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu.
e) Menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP)
f) Menyokong penubuhan Persidangan Kebangsaan. (ms. 120)

Terangkan langkah-langkah yang dilakukan untuk menjalinkan kerjasama kaum dalam pakatan murni pada peringkat awal?
Jawapan:
a) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Kaum (JHK) atau Communication Liason Community.
b) Kelonggaran kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu dalam State Nationality 1951:
c) RIDA ditubuhkan bagi membantu ekonomi dan pendidikan luar Bandar.
d) Independence of Malayan Party (IMP) ditubuhkan bagi menggalakkan kerjasama kaum dalam sebuah parti.
e) Dato' Onn Ja'afar mencadangkan keahliannya terbuka kepada bukan Melayu untuk dalam menggalakkan kerjasama kaum satu parti.
f) British menubuhkan Persidangan Kebangsaan bagi menggalakkan kerjasama semua kaum melalui parti masing-masing.
g) Konvensyen Kebangsaan dibuat oleh UMNO bagi menjalinkan kerjasama dengan parti-parti kaum lain. (ms. 120-121)

Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni.
Jawapan:
a) Mengadakan kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
b) Kerjasama UMNO-MCA membawa kemenangan kepada Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama di Tanah Melayu.
c) Gabungan UMNO-MCA membawa kemenangan parti dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954.
d) Menubuhkan Parti Perikatan secara rasmi menjelang pilihan raya MPP pada tahun 1955 dengan menerima kemasukan MIC.
e) Mewakili tiga kaum tersebut Melayu, China, dan India melalui Perikatan.
f) Mengadakan manifesto yang umum.
g) Memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dengan menguasai Sidaripada 52 kerusi yang dipertandingkan. (ms. 121-122)

Senaraikan tokoh yang menyertai rombongan kemerdekaan bersama Tunku Abdul Rahman ke London.
Jawapan:
a) Dr Ismail Abdul Rahman
b) Kolonel H.S.Lee
c) Dato' Nik Ahmed Kamil
d) Dato'Mohd Seth
e) Dato Abdul Razak Hussein
f) Dato Panglima Bukit Gantang
g) En Abdul Aziz Majid (ms. 123)

Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.
Jawapan:
a) Lord Reid
b) Sir lvor Jennings
c) Sir William McKell
d) Tuan Abdul Hamid
e) Tuan B.Malik (ms. 125)

Nyatakan peranan Suruhanjaya Reid.
Jawapan:
a) Membincangkan dan menyusun periembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
b) Menimbangkan beberapa isu penting dalam perlembagaan seperti pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat,
c) Mengadakan kuasa autonomi negeri, kedudukan khas Raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu. (ms. 125-126)

Apakah isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Jawapan:
a) Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.
b) Pemberian kuasa autonomi kepada negeri.
c) Kedudukan raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu.
d) Hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk
e) Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
f) Kerakyatan jus soli dengan memberi hak sama rata kepada semua kaum akan melemahkan kedudukan orang Melayu
g) Raja-raja Melayu menerima kerakyatan jus soii dengan syarat orang bukan Melayu mengiktirat kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
h) Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
i) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (ms. 125-127)

Huraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Jawapan:
a) Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
b) Pemisahan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
c) Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi.
d) Hak istimewa Melayu dikekalkan.
e) Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
f) Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
g) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
h) Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara.
i) Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran Negara.
j) Pentadbiran Negara adalah bersitat demokrasi berparlimen.
k) Pada peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan Dewan Undangan Negeri dan Exco. (ms. 127)

Terangkan kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Jawapan:
a) Persetujuan yang dicapai menerusi pakatan murni membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep raja Berperlembagaan dibentuk.
b) Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
c) Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.
d) Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
e) Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
f) Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan. (ms. 129-130)

Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Jawapan:
a. Pemimpin Perikatan. • Tunku Abdul Rahman • Tun Abdul Razak • Tun V.T Sambanthan • Tun H.S. Lee
b. Bagi pihak Raja-raja Melayu pula ialah: • Tuanku Abdul Rahman, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
c. Pemimpin terdahulu: • Dato' Onn Ja'afar Dato' Panglima Bukit Gantang. (ms. 130-132)

Huraikan peranan beberapa orang tokoh penting dalam kemerdekaan Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1957
Jawapan:
a. Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO yang dipilih pada tahun 1951. • Mengadakan Konvensyen Kebangsaan. • Menubuhkan Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1955. • Presiden Parti Perikatan. Mengadakan kerjasama dengan meluluskan kerakyatan jus soli seperti tuntutan MCA dan MIC. • Membentuk Kabinet pada tahun 1955 setelah Perikatan memenangi pilihan raya pada tahun 1955. • Mengetuai perundingan menuntut kemerdekaan di London. • Mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. (ms.117)

b. Tun Abdul Razak Husein. • Menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Perikatan. • Menjadi anggota rombongan menuntut kemerdekaan di bawah kepiminan Tunku Abdul Rahman. • Menjadi Timbalan Perdana Menteri.

c. Tun V.T Sambanthan. Presiden MIC - anggota ketiga Parti Perikatan. • Menyokong Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

d. Tun H.S. Lee • Presiden MCA Selangor. • Ahli rombongan yang menuntut kemerdekaan di London. (ms. 131-132)

Bincangkan langkah-langkah untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Jawapan:
a) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 diadakan bagi memilih kerajaan yang akan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
b) Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan membentuk kabinet pertama.
c) Rundingan menuntut kemerdekaan diadakan di London.
d) Suruhanjaya Reid dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
e) Pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. (ms. 121-122)