Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 4 (1)

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?
Jawapan:
Golongan yang mengaku diri sebagai nabi, enggan
membayar zakat dan murtad. (ms 142)

Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin.

Namakan tokoh-tokoh yang memegang jawatan tersebut?
Jawapan:
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-
Khattab, Khalifah Uthman bin Affan, dan Khalifah Ali bin Abu Talib. (ms 142)

Nyatakan maksud khalifah dari konteks bahasa dan agama.

Jawapan:
Dalam konteks bahasa khalifah bermaksud pengganti yang
melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam konteks agama pula khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam yang disampaikan oleh NabiMuhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam, (ms 143)

Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah?

Jawapan:
Syaratnya ialah calon khalifah mestilah lelaki yang
merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam, mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil, mempunyai akhlak yang baik, tubuh badan yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak, dan pandai mentadbir kerajaan. (ms 143)

Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat.

Huraikan kaedah-kaedah tersebut.
Jawapan:
a) Musyawarah atau syura iaitu permesyuaratan atau perundingan
untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara. Berlaku semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar. Golongan Ansar dari Bani Saadah hampir melantik khalifah dalam kalangan mereka. Atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai akhirnya Saidina Abu Bakar dilantik sebagai khalifah.
b) Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu.
Berlaku seperti pelantikan Saidina Umar iaitu nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
c) Pemilihan daripada beberapa orang calon. Berlaku semasa
pelantikan Saidina Uthman bin Affan. Enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya terpilih.
d) Pencalonan oleh sekelompok masyarakat. Berlaku semasa

pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib. (ms 143)

Semua kaedah pemilihan khalifah melalui proses syura atau musyawarah
diperkukuhkan dengan upacara angkat sumpah atau baiah. Apakah kepentingan baiah?
Jawapan:
a) menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan
dan berhemah tinggi.
b) Pentadbiran kerajaan dan negara menjadi lebih lancar.
c) Pemerintah yang terpilih akan berusaha untuk menjadi
pemimpin yang cemerlang dan berkemampunan untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat. (ms 143)

Huraikan tugas-tugas dan tanggungjawab seorang khalifah?

Jawapan:
a) Memelihara kedudukan agama Islam
b) Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan
al-Quran dan sunah.
c) Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya
berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
d) Memastikan kelicinan pentadbiran negara.
e) Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.
f) Bertanggungjawab melantik, dan melucutkan jawatan pegawai
pentadbiran negara.
g) Menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan
yang sejahtera di dunia dan akhirat.
h) Menjaga dan meneruskan ajaran Allah.
i) Mengekalkan perpaduan ununah.
j) Memantapkan sistem perundangan Islam,

k) Menguruskan hal ehwal kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal.
l) Mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat. (ms 144)

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.?
Jawapan:
Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam
yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat (ms 145)

Huraikan sumbangan-sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
Jawapan:
a) Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda
masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
b) Memerangi golongan al-Riddah, golongan yang enggan
membayar zakat dan golongan yang murtad.
c) Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu
kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat.
d) Menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid menentang
angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghasan, kedua-dua ekspedisi tersebut mencapai kejayaan.
e) Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah, iaitu
Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran serta melantik seorang ketua atau amir
untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.
f) Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta
rampasan perang.
g) Memperkenalkan undang-undang tanah
h) Memberi hak keistimewaan yang sama kepada golongan mawali
iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.
i) Mengumpulkan tulisan ayat al-Quran ekoran kematian ramai
hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya semula. (ms 144 -145)

Nyatakan pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang politik.
Jawapan:
a) Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.
b) Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh golongan
Muhajirin dan Ansar.
c) Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
seperti Makkah, Madinah, Kufah, Palestín, Jazirah dan Basra bagi melicinkan pentadbiran.
d) Melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak
sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.
e) Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera,
Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. (ms 146)