Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 4 (5)

Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama siapa.
Jawapan:
Sempena nama al-Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. (ms 156)

Apakah corak pemerintahan yang diamalkan pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?
Jawapan:
Mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki iaitu sistem pemerintahan keturunan raja, (ms 156)

Pada era pemerintahan siapakah pusat pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah diubah dari Damsyik ke Baghdad?
Jawapan:
Abu Jaafar al-Mansur. (ms 156)

Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan? Jawapan:
a) Kota Baghdad memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu terutamanya semasa era pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun.
b) Perkembangan keilmuan berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing (bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani) ke dalam bahasa Arab.
c) Pembinaan Baitulhikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang dibina semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid.
d) Baitulhikmah berperanan sebagai pusat penterjemahan karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab.
e) Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu mencatat idea, mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku, dan
mengarang ke dalam bahagian dan bab.
f) Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fekah, tafsir, dan sejarah.
g) Melahirkan ulama terkenal seperti Ibn Ishaq, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i, dan Imam Ahmad bin Hanbal.
h) Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.) dan ilmu hadis.
i) Orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas. (ms 156 - 157)

Apakah kesan daripada kelemahan sistem pemerintahan khalifah pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah?
Jawapan:
Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Antara kerajaan kecil di Türki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk, (ms 158)

Nyatakan peristiwa yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah?
Jawapan:
Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada tahun 1258 apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol, (ms 158)

Terangkan berkenaan dengan kerajaan kecil di Anatolia yang berjaya membentuk kerajaan Uthmaniyah?
Jawapan:
a) Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Türki hari ini).
b) Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.
c) Walaupun sebuah kerajaan yang kecil, pemerintah Anatolia berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah. (ms 158)

Nyatakan proses pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Uthman bin Ertughrul?
Jawapan:
a) Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi merupakan pengasas kerajaan Turki Uthmaniyah.
b) Pada peringkat awal, Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia yang bersempadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur).
c) Ini menyebabkan kawasan di bawah pentadbiran Uthman menghadapi ancaman yang lebih banyák berbanding wilayah Iain.
d) Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.
e) Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya.
f) Uthman berjaya menakluk kawasan sekitar Anatolia dan menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri.
g) Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan I dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya. (ms 158 -159)

Nyatakan faktor kemerosotan empayar Uthmaniyah.
Jawapan:
a) Kelemahan pemimpin
b) Keruntuhan sistem pungutan cukai
c) Pemberontakan
d) Kesukaran mengawal penduduk yang bertambah dengan pesat.(ms 159)

Jelaskan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Jawapan:
a) Mampu bertahan selama hampir 600 latum.
b) Kerajaan ini telah berjaya mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia sehingga Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia
Islam.
c) Kejayaan Sultan Selim I menguasai Makkah pada tahun 1517, membolehkan kerajaan Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.
d) Suleiman I memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama yang dikenali
sebagai Kanun Suleiman.
e) Memperkenalkan jawatan seperti Kadi dan Mufti yang telah dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.
f) Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan dengan agama dan sains undang-undang yang masih diguna pakai sehingga kini.
g) Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara Timur dan Barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.
h) Kerajaan Uthmaniyah juga berjaya membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul yang meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
i) Perubahan dalam sistem sosial masyarakat Eropah iaitu telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu iaitu pembahagian masyarakat bergantung pada hasil
usaha setiap individu bukan lagi berasaskan keturunan. Ini membawa kepada mobiliti sosial yang lebih lúas dalam masyarakat Eropah.
j) Berperanan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
k) Sistem pendidikan madarasah merupakan sistem pendidikan Uthmaniyah yang berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam.
l) Sistem pendidikan lain yang turut dikembangkan ialah sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknk dan kolej perubatan.
m) Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia. Contohnya penulis seperti Mehmed al-Fanari dan Molla Lutfi menulis ensiklopedia sains Islam dan Katip Celebi.
n) Kerajaan Uthmaniyah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, dan juga rumah.
o) Sumbangan dalam seni bina masjid yang berkekalan sehingga kini. Contohnya Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul yang direka oleh Mimar Sinan. (ms 160-161)