Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 5 (1)

Siapakah yang mengemukakan cadangan ke arah pembentukan Malaysia
Jawapan:
a. Lord Brassey
b. Sir Malcolm Mac Donald
c. David Marshall
d. Lee Kuan Yew
e. Dato' Onn Jaafar
f. Tunku Abdul Rahman (m.s. 137)

Dato Onn Ja afar telah mengemukakan cadangan berkaitan pembentukan
Malaysia. Antara cadangan beliau ialah
Jawapan:
a) Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia.
b) British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. (m.s. 137)

Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia.

Mengapakah beliau berbuat demikian?
Jawapan:
a) Menjamin kedudukan politik yang kukuh dan disegani di rantau ini.
b) Mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial.
c) Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan. (m.s. 138)

Apakah langkah yang diambil oleh Lee Kuan Yew untuk merealisasikan
pembentukan Malaysia?
Jawapan:
a) Mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu berikutan ancaman komunis.
b) Mengadakan referendum pada 1 September 1962 bagi mendapatkan pandangan terhadap penggabungan Singapura ke dalam Malaysia. (m.s. 139)

Nyatakan faktor politik yang membawa kepada pembentukan Malaysia

Jawapan:
a) Masalah keselamatan iaitu untuk membanteras Parti Komunis Malaya (PKM)
b) Pengaruh Barisan Sosialis di Singapura yang pro Komunis
c) Pengaruh komunis di Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak.
d) Usaha-usaha mendapatkan kemerdekaan secara automatik bagi Sarawak, Sabah dan Singapura. (m.s. 139)

Jelaskan bagaimana faktor ekonomi yang membawa kepada pembentukan
Malaysia.
Jawapan:
a) Dapat meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
b) Keuntungan kepada semua pihak diperolehi daripada hasil kekayaan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Brunei.
c) Dapat menyediakan pasaran yang luas.
d) Dapat meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. (m.s. 140)

Nyatakan faktor sosial yang membawa kepada pembentukan Malaysia?

Jawapan:
a) Untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri-negeri anggota yang menyertai Malaysia.
b) Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dan Singapaura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama. (m.s. 140)

Apakah reaksi rakyat Persekutuan Tanah Melayu terhadap pembentukan
Malaysia?
Jawapan:
a) Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni membantu dan memimpin negeri-negeri anggota
b) Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya
c) Parti Islam Se -Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta idea ini dirunding terlebih dahulu di kalangan penduduk
d) UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei. (m.s. 141)

Mengapakah Lee Kuan Yew di Singapura bersetuju dengan pembentukan
Malaysia?
Jawapan:
a) Lee Kuan Yew yang mengetuai Parti PAP bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
b) Lee Kuan Yew ingin mempertahankan kedudukannya. (Ms. 141)

Bagaimanakah reaksi penduduk Sabah dan Serawak terhadap
pembentukan Malaysia.
Jawapan:
a) Kedua-dua buah negeri ini menolak cadangan pembentukan Malaysia kerana belum begitu yakin untuk bekerajaan sendiri. Tambahan pula peiuang mereka dalam politik adalah terhad
b) Di Sarawak, Parti Negara Sarawak(PANAS), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) telah memberi sokongan terhadap cadangan ini
c) Di Sabah pula, lahir parti-parti politik yang menyokong pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik yang akhirnya bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah. (m.s. 142)