Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 5 (2)

Apakah pandangan Parti Perikatan Sarawak terhadap gagasan Malaysia?
Jawapan:
Gabungan Parti Perikatan Sarawak yang terdiri daripada PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan PESAKAtelah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP. (m.s. 143)

Apakah persamaan reaksi parti PESAKA, SNAP DAN UNKO terhadap isu pembentukan Malaysia?
Jawapan:
a) Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang mereka akan kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu.
b) Bimbang sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (kuasa pusat). (m.s. 144)

Apakah kepentingan tuntutan dalam Perkara 20 Sabah?
Jawapan:
a) Asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru
b) Dapat melindungi hak penduduk Sarawak dan Sabah
c) Dapat melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
d) Ada hak wilayah asingan (m.s. 144)

Apakah maksud Hak Wilayah Asingan ?
Jawapan:
Hak Wilayah Asingan ialah perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Hak Wilayah Asingan telah menyentuh beberapa perkara penting. Nyatakan?
Jawapan:
a) Ketua negeri
b) Bahasa kebangsaan
c) Agama Islam
d) Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
e) Kerakyatan
f) Peruntukan kewangan
g) Pelajaran (m.s. 144)

Namakah pemimpin Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu yang telah menunjukkan semangat tolenrasi dalam usaha pembentukan Malaysia
Jawapan:
a) Tunku Abdul Rahman
b) Tun Abdul Razak
c) Tun V. T. Sambathan d) Tun Tan Siew Sin
e) Datu Mustapa Datu Harun
f) Temenggung Jugah
g) Donald Stephen
h) Ong Kee Hui
i) Stephen Kalong Ningkan (m.s. 144)

Bagaimanakah reaksi Brunei terhadap Pembentukan Malaysia ?
Jawapan:
a) Pada peringkat awal, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
b) Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo.
c) PRB menggangap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme
d) A.M. Azaharui melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kaiimantan Utara (TNKU). (m.s. 146)

Apakah sebab Indonesia menentang pembentukan gagasan Malaysia?
Jawapan:
Pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru yang mengancam Indonesia. (m.s. 146)

Nyatakan tindakan yang dilakukan indonesia dalam usaha membantah pembentukan Malaysia?
Jawapan:
a) Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi
b) Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20 Januari 1963
c) Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan pencerobohan udara
d) Tindakan Indonesia menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Maiaysia dari dalam secara sulit. (m.s.146)

Mengapa Filipina turut menentang pembentukan Malaysia ?
Jawapan:
a) Filipina menuntut hak terhadap Sabah yang didakwa oleh mereka sebagai sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
b) Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. (m.s. 148)