Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 5 (3)

Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia bagi menangani penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?
Jawapan:
a) Mendapatkan bantuan tentera Komanwel
b) Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain
c) Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
d) Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara Dunia Ketiga bagi menjeiaskan permasalahan antara Indonesia dengan Malaysia
e) Menubuhkan MAPHILINDO. (m.s. 148)

Tunku Abdul Rahman telah berusaha ke arah merealisasikan pembentukan Malaysia. Apakah usaha beliau?
a) Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah pada Jun 1961 serta ke Brunei pada Julai 1961 bagi menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
b) Rundingan juga telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961. Apakah peranan jawatan kuasa tersebut?
Jawapan:
a) Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
b) Mengumpul pandangan penduduk terhadap pembentukan Malaysia
c) Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
d) Mengadakan mesyuarat, dan ahli-ahli bersepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold mengenai pertimbangan kepada pandangan dan pendapat Sarawak dan sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru. (m.s. 149-150)

Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Suruhjaya Cobbold.
Jawapan:
a) Membuat tinjauan terhadap pendapat penduduk Sarawak dan Sabah berhubung dengan cadangan tersebut dan mengemukakan cadangan
b) Membuat tinjauan dengan mendengar pandangan rakyatkedua-dua buah negeri berkenaan berhubung cadangan pembentukan Malaysia, di samping menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan
c) Menilai cadangan pembentukan. (m.s. 150)

Apakah hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold terhadap pembentukan Malaysia
Jawapan:
a) 1/3 daripada rakyat kedua-dua negeri menyokong cadangan ini
b) 1/3 lagi menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dijaga
c) 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. (m.s. 150)

Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold?
Jawapan:
a) Perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 *
b) Dasar imigresen ditentukan sendiri oleh Sarawak dan Sabah
c) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
d) Hak istimewa rakyat bumiputera dipelihara
e) Nama Malaysia digunakan untuk penggabungan negeri-negeri berkenaan
f) Tarikh penubuhan Malaysia. (m.s. 150)

Terangkan secara ringkas mengenai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Jawapan:
a) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962
b) Dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak
c) Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak
d) Mereka mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia
e) Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan sabah ke dalam Persekutuan Tanah Melayu
f) Mereka membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. (m.s 150)

Di manakah Perjanjian Malaysia ditandatangani?
Jawapan:
Di London pada 9 Julai 1963. (m.s. 153)

Senaraikan badan yang terlibat dalam memperkenankan Perjanjian Malaysia
Jawapan:
a) Ratu Elizabeth II
b) Parlimen Britain
c) Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan
d) Sarawak dan Majlis Undangan Sabah
e) Yang di-Pertuan Agong. (m.s. 154)

Nyatakan inti pati yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia.
Jawapan:
a) Semua urusan hal ehwal iuar tanggungjawab kerajaan persekutuan
b) Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh diamalkan
d) Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak adaiah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
e) Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
f) Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi perwakilan kuasa
g) Rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. (m.s.155) "

Huraikan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
Jawapan:
a) Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
b) Parlimen British meluluskan Akta Malaysia dan akta ini diperkenankan oleh Ratu Elizabeth II
c) Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura serta Majlis Perundangan Sarawak dan Sabah meluluskan Perjanjian Malaysia pada bulan Ogos 1963
d) Pada 26 Ogos 1963, Yang Dipertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia
e) 16 September 1963 Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. (m.s. 154)

Apakah yang dimaksudkan dengan akta Malaysia?
Jawapan:
a) Akta Malaysia merujuk kepada akta yang telah menggabungkan negeri-negeri anggota Malaysia
b) Akta ini kemudian memberikan cadangan-cadangan penting yang harus dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia demi kepentingan negeri-negeri anggota
c) Antaranya termasuklah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan serta kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan bumiputera. (m.s.155)

Apakah yang anda faham dengan Hari Malaysia?
Jawapan:
a) Hari pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963
b) Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaanb British, Singapura, Sarawak dan Sabah. (m.s. 155)