Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (3)

Apakah tanggungjawab Syahbandar di pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara?
Jawapan:
Tanggungjawab Syahbandar di pelabuhan-pelabuhan Asia
Tenggara ialah sebagai pentadbir pelabuhan yang bertanggungjawab berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan. (ms 180)

Senaraikan kerajaan Islam yang awal di Asia Tenggara?
Jawapan:
Kerajaan Islam yang awal di Asia Tenggara ialah Perlak,
Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao, (ms 181)

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Johor-Riau bagi
meningkatkan penyebaran I slam?
Jawapan:
Usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Johor-Riau bagi
meningkatkan penyebaran Islam ialah dengan berusaha menawan kembali Melaka. (ms 181)

Apakah nama raja Pattani yang telah memeluk agama Islam dan menukar
namanya kepada Sultan Mahmud Syah?
Jawapan:
Raja Pattani tersebut ialah Raja Phaya Tu Nakpa. (ms 181)

Apakah yang dilakukan oleh Acheh untuk menyekat kehadiran dan
pengaruh Barat serta agama Kristian di Kepulauan Melayu?
Jawapan:
Menaungi negeri-negeri kecil di Sumatera Utara dan
menakluk negeri- negeri di Tanah Melayu. (ms 181)

Apakah yang menjadi bukti kedatangan Islam ke Champa?

Jawapan:
Bukti kedatangan Islam ke Champa ialah jumpaan batu
nisan bertarikh 1039 M. dan prasasti bertarikh 1025 M. yang mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang. (ms 182)

Apakah bukti yang menunjukkan Islam telah bertapak di Brunei?

Jawapan:
Bukti yang menunjukkan Islam telah bertapak di Brunei
ialah berasaskan catatan China pada tahun 977M. yang mengatakan Brunei telah menghantar seorang pembesar iaitu Pu Ali ke China, (ms 182)

Namakan pendakwah yang telah menyebarkan Islam di Brunei.

Jawapan:
Pendakwah tersebut ialah Syariff Ali Mufaqih Muqaddam
atau Syariff Berkat. (ms 182)

Nyatakan peranan Kerajaan Samudera-Pasai dalam bidang ilmu dan
penyebaran Islam di Kepulauan Melayu?
Jawapan:
Peranan Kerajaan Samudera-Pasai dalam bidang ilmu dan
penyebaran Islam di Kepulauan Melayu ialah sebagai pusat penterjemahan. (ms 183)

Apakah yang dikisahkan dalam karya Bustanus Salatin yang dihasilkan
pada zaman kegemilangan kerajaan Acheh?
Jawapan:
Perkara yang dikisahkan dalam karya Bustanus Salatin
ialah keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman. (ms183)