Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 5 (2)

Mengapakah perlembagaan negara dipinda dari semasa ke semasa?
Jawapan:
Perlembagaan dipinda dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara, melicinkan urusan pentadbiran negara. supaya sentiasa releven dan sesuai dengan
keperluan semasa. (m.s. 165)

Terdapat pekara yang tidak boleh dipersoalkan dalam perlembagaan. Apakah perkara tersebut?
Jawapan:
a) Pemerintahan beraja
b) Agama Islam
c) Kedudukan bahasa Melayu
d) Hak istimewa orang Melayu (m.s. 165)

Apakah maksud Raja Berperlembagaan?
Jawapan:
Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, (m.s. 167)

Bagaimanakah Yang di- Pertuan Agong dipilih?
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong dipilih di kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir. (m.s. 167)

Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang tugas sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Senaraikan bidang tugas baginda?
Jawapan:
Bidang tugas YDPA ialah:
a) Sebagai ketua negara
b) Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman
c) Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen d) Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
e) Menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
f) Ketua agama Islam bagi negerinya dan negeri yang tidak mempunyai raja
g) Melantik Perdana Menteri
h) Mengisytiharkan darurat
i) Melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (m.s. 168)

Apakah maksud pengasingan kuasa dalam negara demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia?
Jawapan:
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman dipegang oleh pihakyang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa. (m.s. 171)

Apakah fungsi Badan Perundangan dalam sesebuah negara seperti Malaysia?
Jawapan:
Menggubal undang-undang bagi menjamain keadilan dan kesejahteraan rakyat. (m.s. 172)

Siapakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi negara kita Malaysia? Jawapan:
Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (m.s. 172)

Siapakah yang menganggotai Dewan Negara?
Jawapan:
a) Mengandungi 69 orang ahli
i) 26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri (2 orang setiap negeri)
ii) 2 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi dari Wilayah Persekutuan Labuan
iii) 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional
b) Digelar sebagai Senator berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
c) Dilantik tanpa melalui tanpa melalui pertandingan dalam pilihan Raya
d) Memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun (m.s. 172)

Siapakah yang menganggotai Dewan Rakyat dan bidang tugasnya?
Jawapan:
a) Mengandungi 219 orang ahli
b) Ahlinya dipilih melalui pilihan Raya umum
c) Tempoh jawatan 5 tahun
d) Tugas utamanya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. (m.s. 172)