Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 5 (3)

Apakah yang anda faham tentang Badan Pelaksana?
Jawapan:
Badan Pelaksana merupakan Jemaah Menteri atau Kabinet
yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. (m.s. 173)

Apakah tugas Jemaah Menteri yang mengetuai sesebuah kementerian?

Jawapan:
• Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara yang
diketuai oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri. (m.s. 173)

Apakah peranan kementerian?

Jawapan:
• Bertanggungjawab menggubal dasardasar kerajaan,
merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. (m.s. 173)

Perkhidmatan awam memainkan peranan penting dalam melaksanakan
tangungjawab perjalanan pentadbiran di negara kita Malaysia. Apakah yang anda faham tentang perkhidmatan awam?
Jawapan:
a) Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
b) Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan
c) Dibantu oleh kakitangan kerajaan
d) Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan
dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
e) Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali
dengan gelaran Ketua Pengarah
f) Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan peringkat
pusat, negeri dan daerah. (m.s. 174)

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Berkanun?

Jawapan:
• Badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu
• Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri
• Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. (m.s. 174)

Senaraikan suruhanjaya yang ditubuhkan bagi mengendalikan urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin di kalangan kakitangan kerajaan.
Jawapan: a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
c) Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman
d) Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera
(m.s. 174)

Nyatakan fungsi Badan Kehakiman di negara kita Malaysia?
Jawapan:
Kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah serta menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Selain itu, ia
berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. (m.s. 174)

Mahkamah mempunyai bidang kuasa tertentu. Apakah bidang kuasa
tersebut?
Jawapan:
a) Melaksanakan tugas kehakiman
b) Mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara
c) Mentafsir undang-undang
d) Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri
e) Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan
tidak sah di sisi undang-undang. (m.s. 175)

Senaraikan mahkamah yang terdapat di Malaysia?

Jawapan:
a) Mahkamah Persekutuan
b) Mahkamah Rayuan
c) Mahkamah Tinggi Malaya
d) Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
e) Mahkamah Sesyen
f) Mahkamah Majistret (m.s. 175)

Nyatakan garis panduan pelantikan seorang hakim di Malaysia?

Jawapan:
• Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana
Menteri
• Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan
terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong
• Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-
wenangnya tanpa sebab yang munasabah
• Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik bagi
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. (m.s. 176)

Apakah maksud pilihan raya dan tujuan diadakan?
Jawapan:
Maksud pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Tujuan pilihan raya diadakan ialah untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan
ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia, (m.s. 177)