Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 5 (4)

Mengapakah Suruhanjaya Pilihan raya ditubuhkan?
Jawapan:
Suruhanjaya pilihan raya ditubuhkan untuk menjamin
pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. (m.s. 177)

Nyatakan fungsi Suruhanjaya Pilihan raya Raya (SPR) di Malaysia?

Jawapan:
Fungsi Suruhanjaya Pilihan raya ialah mengendalikan
pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihanraya kecil, menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan-raya dan menjalankan daftar pemilih. (m.s. 177)

Apakah syarat-syarat untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya?

Jawapan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur 21 tahun
c) Bermastautin di Malaysia
d) Sempurna akal
e) Bukan orang yang muflis
f) Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
g) Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
(m.s. 179)

Nyatakan syarat untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di Malaysia?

Jawapan:
a) Warganegara Malaysia
b) Namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih
c) Warganegara Berumur 21 tahun
d) Bermastautin di Malaysia atau tidak bermaustautin
e) Tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau
Dewan Undangan Negeri (m.s. 179)

Apakah maksud Kerajaan Persekutuan?
Jawapan:
Penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah
Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. (m.s. 184)

Senaraikan bidang kuasa Persekutuan.

Jawapan:

a) Hal ehwal luar negeri
b) Pertahanan
c) Keselamatan dalam negeri
d) Pentadbiran dan Keadilan
e) Kerakyatan Negara
f) Pilihan raya Negara
g) Kewangan
h) Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
i) Perkapalan, pelayaran danpengangkutan
j) Jabatan Ukur, penyelidikan
k) Kerja raya dan tenaga pusat
l) Pelajaran
m) Kesihatan
n ) Keselamatan buruh dan sosial
o) Orang Asli (m.s. 185)

Senaraikan bidang kuasa Kerajaan Negeri?
Jawapan:
a) Undang-undang Islam
b) Tanah
c) Pertanian dan perhutanan
d) Kerajaan Tempatan Perkhidmatan tempatan
e) Perkhidmatan tempatan
f) Kerajaan Negeri
g) Hari cuti negeri
h) Undang-undang negeri (m.s. 185)


Senaraikan siapa yang mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan ?
Jawapan:
a) Kuasa eksekutif terletak pada Yang di-Pertuan Agong
b) Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan
kuasa eksekutif
c) Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri. (m.s.186)

Senaraikan siapa yang mempunyai kuasa dalam Kerajaan Negeri?

Jawapan:
a) Kuasa eksekutif terletak di tangan Sultan atau Yang Dipertua
Negeri
b) Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang
Dipertua Negeri
c) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Semenanjung
d) Majlis Tertinggi di Sarawak
e) Kabinet di Sabah (m.s. 187)

Ceritakan tentang bendera kebangsaan?

Jawapan:
• Untuk membangkitkan semangat perjuangan
• Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah, arkitek kerajaan
di Johor
• Berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di perkarangan
Istana Sultan Selangor
• Dikenali juga sebagai Jalur Gemilang (m.s. 189)

Terangkan fungsi dan sejarah Lagu Negaraku

Jawapan:
• Dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan oleh Tunku Abdul Rahman
• Lirik lagu digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan
lagu Terang Bulan
Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi
• Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja
• Sanggup berkorban demi mempertahankan negara
• Membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air
(m.s. 191)