Soal Jawab Bab 8 Tingkatan 4 (1)

Apakah perubahan yang berlaku di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
Jawapan:
Perubahannya adaiah dalam bidang pentadbiran, perundangan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, kesenian dan gaya hidup. (ms 196 - 208)

Jelaskan perubahan yang dibawa oleh pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan?
Jawapan:
(a) Institusi raja sebelum Islam dikenali sebagai dewa-raja telah ditukar kepada istilah sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh.
(b) Nasab keturunan daripada peristiwa dewa ke nasab keturunan sultan.
(c) Hubungan institusi kesultanan dengan ulama serta ulama sentiasa menjadi rujukan sultan. (ms 196-197)

Dari manakah asalnya perkataan Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi?
Jawapan:
Perkataan Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki dan Khilji serta Moghul di India, (ms 197)

Nyatakan tiga lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu?
Jawapan:
Tiga lapisan asas tersebut ialah pemerintahan pusat diketuai oleh sultan, pemerintahan daerah ditadbir oleh pembesar daerah dan pemerintahan kampung diketuai oleh penghulu. (ms 197)

Apakah maksud daulat?
Jawapan:
Daulat bermaksud seseorang raja atau sultan mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah). (ms 198)

Apakah pula maksud daulah?
Jawapan:
Daulah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kuasa atau kerajaan. (ms 198)

Apakah cara lain bagi mengekalkan penghormatan rakyat terhadap institusi raja?
Jawapan:
Cara berpakaian, bahasa, tingkah laku dan adat istiadat pertabalan. (ms 198)

Bagaimana cara pemilihan ketua dalam Adat Perpatih?
Jawapan:
Cara pemilihan ketua dalam Adat Perpatih ialah Anak Buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang memilih Yang diPertuan Besar/Yamtuan. (ms 198)

Nyatakan 12 suku yang terdapat dalam adat perpatih
Jawapan:
12 suku yang terdapat dalam adat perpatih ialah Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Batu Tiga dan Tiga Nenek. (ms 198)

Apakah maksud diat?
Jawapan:
Diat bermaksud hukum, denda atau ganti rugi berupa harta. Hukuman dikenakan kepada pembunuh yang membunuh secara tidak sengaja. (ms 198)

Mukaddimah

Blog ini adalah medium alternatif kepada pelajar-pelajar SPM subjek sejarah mengulangkaji pelajaran. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar sekalian.