Soal Jawab Bab 5 Tingkatan 4 (3)

Bagaimanakah Piagam Madinah dikatakan berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik?
Jawapan:
Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan, orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain. Kesemua bangsa ada hak dalam negara Madinah. Mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat. Mereka juga bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara. (msl28)

Apakah kepentingan Piagam Madinah terhadap peningkatan tamadun Islam?
Jawapan:
a) Piagam Madinah merupakan model Kerajaan Islam yang unggul.
b) Unsur Islam boleh diamalkan di negara yang terdiri daripada berbilang kaum.
c) Berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi dunia dan akhirat
d) Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan yang melarang riba, penipuan dan penindasan.
e) Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah yang mengutamakan semangat ukhwah Islamiah.
f) Islam menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam.
g) Masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap.
h) Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.(msl28)

Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha menyebarkan syiar Islam?
Jawapan:
Nabi Muhammad s.a.w menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. Baginda juga ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah yang dihantar perutusan. (ms 129)

Nyatakan reaksi terhadap surat Nabi Muhammad S.A.W kepada beberapa pemimpin dunia.
Jawapan:
a) Raja Qibti Mesir menyambut baik surat Nabi Muhammad S.A.W tetapi dakwah Islamiah tidak diterima oleh Raja Mesir
b) Maharaja Rom Timur Hercules telah berbincang tentang kandungan surat dengan pembesarnya.
c) Di Parsi tidak diterima malah dikoyak oleh Raja Parsi. (ms 130)

Nyatakan peperangan yang berlaku antara orang Arab Quraisy dengan orang Islam Madinah?
Jawapan:
Perang Badar (2 Hijrah), Perang Uhud (3 Hijrah), Perang Khandak (5 Hijrah) dan Perang Tabuk (8 Hijrah). (msl30)

Apakah prinsip peperangan dalam Islam?
Jawapan:
Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh. Allah juga membenarkan orang Islam berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara. Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang ke/aliman dan mempertahankan diri. Dalam peperangan, sekiranya musuh inginkan perdamaian, maka orang Islam harus memilih perdamaian. (ms 130)

Nyatakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
Jawapan:
Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang iemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri, mereka tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan, memusnahkan tanaman dan dilarang mencerobohi tempat ibadat. (ms 131)

Mengapakah orang Islam dari Madinah bercadang untuk menziarahi Kota Makkah pada tahun 628 M?
Jawapan:
Makkah penting bagi mereka kerana di situ terletaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat umat Islam. Makkah juga tempat turunnya wahyu pertama serta orang Islam ingin menunaikan umrah di kota Makkah. (msl31)

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?
Jawapan:
Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah iaitu ingin mengerjakan umrah. (msl32)

Apakah sebabnya Perjanjian Hudaibiyah dimeterai?
Jawapan:
a) Kedatangan orang Islam telah disekat oleh orang Arab Quraisy di Hudaibiyah.
b) Orang Arab bertindak sedemikian kerana berasa tercabar dan bimbang akan kekuatan umat Islam.
c) Orang Islam telah mengutuskan Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka namun orang Arab Quraisy tidak mempedulikan hasrat orang Islam.
d) Orang Islam mendengar khabar angin, tentang kematian Uthman lalu bersumpah setia dengan Baiah al-Ridwan untuk menuntut bela.
e) Orang Quraisy berasa gentar dengan ikrar dan sumpah setia (baiah al-Ridwan) lalu menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w. (ms 131)