Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (5)

Namakan kanun yang terdapat di Acheh yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam.
Jawapan:
Kanun tersebut ialah Kanun Mahkota Alam. (ms 186)

Apakah yang terkandung dalam Kanun Mahkota Alam di Acheh?
Jawapan:
Kanun tersebut menerangkan tanggungjawab raja sebagai pemerintah dan mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh. (ms 186)

• Pesantren • Dayah
Apakah persamaan antara kedua-dua istilah di atas?
Jawapan:
Senarai di atas adalah berkaitan dengan pusat pendidikan. (ms 187)

Sikap mementingkan ilmu menjadi titik tolak perkembangan pendidikandi Asia Tenggara sehingga mewujudkan banyak institusi pendidikan formal.
Senaraikan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara?
Jawapan:
Institusi pendidikan formal di Asia Tenggara ialah istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau. (ms 187)

Nyatakan peringkat-peringkat sistem pendidikan di Acheh?
Jawapan:
Sistem pendidikan di Acheh terdiri daripada peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman). (ms 188)

Senaraikan tulisan yang digunakan di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam?
Jawapan:
Tulisan tersebut ialah Kawi, Jawa Kuno, Batak dan Rencong. (ms 189)

Apakah yang mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam?
Jawapan:
Budaya dan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh animisme, agama Hindu dan Buddha, (ms 189)

Apakah kesan kedatangan Islam terhadap status Bahasa Melayu di Asia Tenggara?
Jawapan:
Kesannya ialah bahasa Melayu menjadi lingua franca dan sebagai bahasa ilmu serta perbendaharaan katanya juga diperkaya. (msl89)

Bagaimanakah kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara?
Jawapan:
Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni khat, seni bina dan seni ukir. (ms 190)

Apakah fungsi dan dari manakah hasil Baitulmal yang diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam diperoleh?
Jawapan:
Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. (ms 191)