Jawapan:
Hasil kesusasteraan tersebut ialah Tuhfat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor (ms 183)
Nyatakan beberapa buah buku kesusasteraan yang telah dipengaruhi oleh gaya tulisab Arab yang dihasilkan semasa zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka.
Jawapan:
a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
b) Hikayat Amir Hamzah
c) Hikayat Nabi Muhammad s.a.w Bercukur. (ms 183)
Namakan dua orang pendakwah yang terawal berdakwah di Asia Tenggara?
Jawapan:
Dua orang pendakwah tersebut ialah Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad, (ms 183)
Apakah peranan ulama di Acheh?
Jawapan:
Peranan ulama di Acheh ialah sebagai penasihat raja yang memerintah. (ms 184)
Bagaimanakah caranya Wali Songo menjalankan dakwah di kalangan masyarakat Jawa? Jawapan:
Caranya ialah dengan menimbulkan kesedaran dan menanam semangat bekerja dan beramal, mengikis sifat malas dan mengelakkan hidup membazir dan hidup secara mewah. (ms 184)
Apakah peranan mufti dalam sistem pemerintahan berasaskan Islam?
Jawapan:
Peranan mufti ialah sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. (msl85)
Mengapakah Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas memberikan istilah Zaman Baru kepada Asia Tenggara?
Jawapan:
Pemberian istilah tersebut kerana Asia Tenggara menerima Islam, (ms 185)
Apakah tujuan penggunaan gelaran sultan di Alam Melayu?
Jawapan:
Tujuan penggunaan gelaran tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam serta untuk menjamin kewibawaan raja, (ms 186)
Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka diberi gelaran Khalifatul Mukminin. Apakah maksud gelaran tersebut?
Jawapan:
Maksud gelaran tersebut ialah pemimpin orang mukmin. (ms 186)
Namakan undang-undang yang diperkenalkan oleh pemimpin kerajaan Islam di Asia Tenggara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri?
Jawapan:
Undang-undang tersebut ialah undang-undang syariah. (ms186)