Nyatakan dua corak pemerintahan demokrasi?
Jawapan:
a) Sistem Raja Berperlembagaan
b) Sistem Republik (ms: 161)
Apakah maksud Sistem Raja Berperlembagaan?
Jawapan:
Sistem Raja Berperlembagan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri serta pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. (ms: 161)
Apakah maksud Sistem Republik?
Jawapan:
Sistem ini menolak institusi beraja dimana kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan presiden memegang jawatan sebagai ketua kerajaan dan ketua
negara. (ms: 161)
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Apakah maksud sistem demokrasi berparlimen?
Jawapan:
Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. (ms: 161)
Nyatakan ciri-ciri demokrasi berparlimen negara kita Malaysia.
Jawapan:
a) Perlembagaan
b) Raja Berperlembagaan
c) Parlimen
d) Pilihan Raya
e) Kuasa Pemerintahan (ms: 161)
Berikan tafsiran tentang perlembagaan?
Jawapan:
a) Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. (ms:162)
Senaraikan peruntukan yang yang terdapat dalam perlembagaan?
Jawapan:
a) Senarai Kerajaan Persekutuan
b) Senarai Kerajaan Negeri
c) Institusi Yang di-Pertuan Agong
d) Parlimen
e) Jemaah Menteri
f) Badan Kehakiman (ms: 163)
Apakah maksud Keluhuran Perlembagaan seperti yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara?
Jawapan:
Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. (m.s. 163)
Mengapakah keluhuran perlembagaan mengikut prinsip Rukun Negara dianggap luhur?
Jawapan:
Perlembagaan dianggap luhur kerana ia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah.
Undang-undang mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan.
Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. (m.s. 163)
Perlembagaan memainkan peranan penting bagi sesebuah negara. Mengapa?
Jawapan:
a) Menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya b) Membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sebuah kerajaan
c) Menjamin taat setia rakyat
d) Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat
e) Memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu
f) Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama. (m.s. 163 -164)