Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 4 (3)

Apakah prinsip pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintahan Khulafa al-Rasyidin sehingga membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup?
Jawapan:
a) Kepimpinan yang menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat
dan negara.
b) Memperkukuh perpaduan sehingga kerajaan Islam Madinah
berkembang sebagai sebuah negara yang kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.
c) Menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan
tanggungjawab.
d) Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan
kemewahan hidup.
e) Berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan,
dan kebahagiaan rakyat. (ms 148-149)

Selepas Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, kaedah pelantikan
pemerintah kerajaan Islam bertukar dari sistem syura kepada sistem warisan. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem warisan?
Jawapan:
Jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemeritahan monarki. (ms 150)

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?
Jawapan: Pengasas kerajaan Bani Umaiyah ialah Muawiyah bin Abu
Sufyan. (ms 150)

Apakah sistem pelantikan yang diamalkan dalam pemilihan ketua
pemerintah kerajaan Bani Umaiyah?
Jawapan:
Sistem warisan iaitu pelantikan ketua pemerintah secara
turun temurun. (ms 150)

Pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah terbahagi kepada dua tahap iaitu
tahap pertama dan kedua.
a) Nyatakan pusat pemerintahan bagi tahap tersebut.

Jawapan:
Tahap pertama di Damsyik, Syria. Tahap kedua di Cordova, Sepanyol. (ms 150)

b) Nyatakan gelaran pemerintah Kerajaan Bani Umaiyah bagi tahap-tahap
tersebut?
Jawapan:
Tahap pertama menggunakan gelaran khalifah.
Tahap kedua menggunakan gelaran amir. (m/s. 150)

c) Siapakah pengasas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua?

Jawapan:
Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. (m/s. 150)

Huraikan peristiwa yang membawa kepada kemunculan kerajaan Bani
Umaiyah tahap kedua?
Jawapan:
Serangan daripada gerakan Abbasiyah menyebabkan
keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama. Hampir keseluruhan keturunan Bani Umaiyah dibunuh. Abdul Rahman berjaya melarikan diri dari tahanan di Fustat menujú ke Palestín, Afrika Utara, Maghribi dan kemudiannya ke Sepanyol. Di Sepanyol, beliau mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Cordova dengan menjadikan Andalusia sebagai ibu kota. (ms 150)

Nyatakan empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran kerajaan Bani
Umaiyah.
Jawapan:
a) Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua
pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
b) Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem
pentadbiran negara di kerajaan pusat manakala gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.
c) Sistem Urus Setia iaitu beberapa orang pegawai utama dilantik
bagi menguruskan pentadbiran yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan polis dan kehakiman.
d) Sistem Hijabah iaitu seorang pegawai ditugaskan memeriksa
orang yang mahu menemui khalifah mengawal keselamatan khalifah dan bertindak sebagai pemegang amanah. (ms 151)

Apakah sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan
perundangan?
Jawapan:
a) Melaksanakan sistem pentadbiran mengikut sistem khalifah,
sistem wazarah, sistem urus setia dan sistem hijabah.
b) Mehubuhkan beberapa buah jabatan iaitu jabatan cukai,
jabatan surat menyurat, jabatan urusan am dan jabatan urusan cop mohor pemerintah.
c) Menubuhkan Diwanul Jundi (jabatan ketenteraan) untuk
pertahanan negara.
d) Menubuhkan angkatan tentera darat dan laut.
e) Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan
berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak.
f) Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas,
tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah.
g) Hakim mestikan seorang yang adil dalam penghakimannya
tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili. (ms 151 -152)

Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam
bidang sosial.
Jawapan:
a) Memajukan bidang ilmu pengetahuan sehingga kota Basrah
terkenal sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
b) Melahirkan ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa
dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sastérawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.
c) Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai
bahasa rasmi negara.
d) Tanda bunyi dan baris telah diperkenalkan pada tulisan al-
Quran.
e) Kepesatan perkembangan ilmu agama semasa era pemerintahan
Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membawa kepada kemunculan tokoh-tokoh agama terkenal seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn jarih (tafsir al-Quran) serta Hasán al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). f) Taraf kesihatan ditingkatkan dengan pembinaan hospitál pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.
g) Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospitál penyakit kusta.
h) Ibn al-Nafis memperbetulkan kesilapan Galen berkaitan dengan
sistem pengaliran darah di jantung.
i) Buku rujukan untuk pelbagai ilmu telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab.
j) Ibn al-Nafis menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al-
Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.
k) Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi.
(ms 151-152) '

30. Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam aspek
pendidikan.
Jawapan:
a) Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova oleh Abdul
Rahman III.
b) Pembinaan perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II.
c) Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di
Andalusia semasa era pemerintahan Abdul Rahman III dan al- Hakam II.
d) Seville, Toledo dan Granada turut berkembang sebagai pusat
keilmuan.
e) Pembinaan sebuah pusat penterjemahan untuk
menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab di Toledo memberi peluang kepada orang Arab mempelajari pelbagai ilmu.
f) Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan
menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
g) Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah
melalui terjemahan yang dihasilkan begitu juga dengan orang Eropah. (ms 153)