Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyokong pendapat Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah bukti yang dikemukakan oleh beliau bagi menyokong pendapat ini?
Jawapan:
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi budaya Arab seperti amalan menghormati tetamu, muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin serta persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab, (ms 176) • Sejarah Melayu • Hikayat Raja-raja Pasai
Apakah rumusan yang dapat dibuat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara berdasarkan karya-karya di atas?
Jawapan:
Peranan mubaligh dan pendakwah Arab dalam mengislamkan raja-raja, (ms 176)
Apakah nama hikayat yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab?
Jawapan:
Hikayat yang menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab ialah Hikayat Raja-Raja Pasai. (ms 176)
Apakah bukti yang mengukuhkan kenyataan S.Q Fatimi bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada 876 M?
Jawapan:
Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sg. Tersat, Kuala Berang, Terengganu. (ms 177)
Apakah catatan penting yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu?
Jawapan:
Catatan pada Batu Bersurat Terengganu adalah berkenaan cara menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang serta hukuman terhadap penzina. (ms 177)
Apakah bukti yang menyokong teori kedatangan Islam dari India?
Jawapan:
Buktinya ialah kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara serta telah wujud hubungan perdagangan dengan India pada abad ke-13. Terdapat batu nisan di Gerisik, Pasai dan Jawa yang bercirikan buatan India, (ms 178)
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat mahmudah yang ada pada pedagang yang telah dapat menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam?
Jawapan:
Sifat mahmudah bermaksud sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas dan lemah lembut. (ms 179)
Nyatakan bagaimana Islam disebarkan di Asia Tenggara?
Jawapan:
Islam disebarkan di Asia Tenggara melalui perdagangan, perkahwinan dan pengislaman golongan bangsawan. (ms 179)
Namakan dua orang sultan Melaka yang telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi.
Jawapan:
Raja-raja tersebut ialah Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah. (ms 180)
Nyatakan pemerintah Melaka yang mula-mula memeluk agama Islam.
Jawapan:
Pemerintah Melaka yang mula-mula memeluk agama Islam ialah Megat Iskandar Syah. (ms 180)
Soal Jawab Bab 7 Tingkatan 4 (2)
Posted by
Irazan
30 May 2009
Labels: BAB7 T4