Jawapan:
a) Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat pada binaan Masjid Cordova.
b) Masjid tersebut mempunyai menara yang tingginya sekitar 36 meter.
c) Kubah Masjid Cordova beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 batang tiang yang diperbuat daripada marraar.
d) Pada waktu malamnya, masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak setahun untuk tujuan tersebut. (ms 153)
Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah?
Jawapan:
Peranan baitulmal adalah untuk mewujudkan sistem kewangan bagi mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara. (ms 153)
Senaraikan sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah.
Jawapan:
Antara sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1/ 10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah) dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan). (ms 153-154)
Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi.
Jawapan:
a) Menubuhkan baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan bagi mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.
b) Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
c) Kegiatan ekonomi orang Islam di Andalusia telah mengembangkan kemahiran pembuatan barangan tembikar, perhiasan daripada perak dan emas, memproses kulit dan membuat senjata. (ms 154)
Apakah kejayaan yang dicapai oleh pemerintah Bani Umaiyah dalam bidang pertanian?
Jawapan:
a) Sistem saliran dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.
b) Penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapat dipertingkatkan. (ms 154)
Apakah punca penentangan golongan mawali terhadap pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah?
Jawapan:
a) Orang Islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbar menganggap mereka telah didiskriminasikan.
b) Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap Iayak untuk mereka.
c) Mereka juga dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam.
d) Golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah. (ms 154)
Apakah sikap para khalifah pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah yang membangkitkan kemarahan rakyat?
Jawapan:
Sikap para khalifah tersebut ialah:
a) Mereka telah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
b) Mereka juga telah mengabaikan ajaran Islam.
c) Mengamalkan pemilihan khalifah mengikut sistem warisan. (ms 155)
Golongan manakah yang menentang sistem warisan bagi proses pemilihan khalifah?
Jawapan:
a) Golongan Syiah iaitu golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib.
b) Golongan Khawarij iaitu golongan orang Islam yang menentang Khalifah Ali bin Abu Talib dan Bani Umaiyah. (ms 155)
Senaraikan tiga buah tempat yang dijadikan pusat operaşi Revolusi Abbasiyah?
Jawapan:
Khurasan, Kufah dan Humaimah. (ms 156)
Namakan dua orang pahlawan besar yang mengetuai Revolusi Abbasiyah di Kufah dan Khurasan?
Jawapan:
Gerakan di Kufah diketuai oleh Abu Salamah al-Khallal dan yang mengetuai gerakan di Khurasan ialah Abu Muslim al- Khurasani. (ms 156)