Soal Jawab Bab 5 Tingkatan 4 (4)

Apakah sebab Uthman Affan dipilih ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah?
Jawapan:
a) Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah
b) Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
c) Sifatnya yang kmah lembut dan bertolak ansur. (ms 132)

Nyatakan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

Jawapan:
a) Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
b) Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
c) Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
d) Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
e) Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 hijrah). (ms 132)

Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
Jawapan:
a) Orang Islam berpeluang menunaikan fardu haji pada tahun berikutnya, 629M.
b) Perjanjian ini memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila- bila masa.
c) Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
d) Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
e) Islam dapat berkembang dengan meluas dan selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimeterai, bilangan penganut Islam bertambah keadaan ini menggambarkan bahawa Islam tersebar secara aman.
f) Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi
g) Kerajaan Islam di Madinah diiktiraf perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah. (ms 133)

Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 630M?
Jawapan:
a) Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
b) Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
c) Strategi jangka panjang bagi penyebaran Islam.
d) Kerajaan Islam di Madinah akan bertambah mantap. (ms 134)

Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

Jawapan:
a) Bilangan tentera Islam begitu ramai (10 000 orang)
b) Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
c) Tentera Islam masuk ke Makkah mengikut empat arah untuk membuat kepungan. (ms 135)

Nyatakan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.

Jawapan:
a) Menyebabkan pertambahan penganut Islam.
b) Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliyah.
c) Masyarakat Islam juga mula mendalami ilmu Islam.
d) Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam.
e) Kerajaan Islam di Madinah semakin mantap
f) Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. (ms 135-136)

Apakah pesanan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum kewafatan baginda pada
tahun 632M bersamaan 11 Hijrah?
Jawapan:
Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu Al-Quran dan Sunnah. (ms 137)