Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 4 (6)

Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Ghazi?
Jawapan:
Merujuk kepada semangat untuk menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan Islam, (ms 162)

Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?
Jawapan:
Kumpulan tentera infantri elit dalam sistem ketenteraan kerajaan Uthmaniyah yang diberi latihan fizikal dan selok-belok, taktik dan teknik peperangan sejak daripada kanak-kanak lagi. (ms
162)

Nyatakan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam di Eropah.
Jawapan:
a) Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.
b) Tentera Islam mempunyai semangat ghazi yang kuat, iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban demi menyebarkan Islam.
c) Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun dan penggunaan senjata moden seperti meriam besar.
d) Mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat.
e) Mempunyai kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.
f) Mempunyai armada laut yang kuat iaitu 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.
g) Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat daripada pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil.
h) Atas permintaan maharaja negara Eropah itu sendiri contohnya Maharaja John VI Cantacuzens.
i) Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine.
j) Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.
k) Kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri urusan keagamaan orang Kristian.
l) Dasar sosial Islam yang mementingkan kecemerlangan individu.
m) Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.
n) Usaha para pendakwah ahli kumpulan sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilaşi dalam ajaran mereka. (ms 162 -163)

Huraikan peristiwa pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
Jawapan:
a) Apabila Khalifah Umar, Amr ibn al-As berjaya menakluk Mesir pada tahun 639M, maka tamadun Islam bertembung dengan tamadun Yunani-Rom.
b) Peluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghdad menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi.
c) Apabila kerajaan Bani Umaiyah tiba di pantai Sepanyol pada tahun 711 M. bertembung pula dengan tamadun Eropah. (ms 164)

Berikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
Jawapan:
a) Perdagangan dan perniagaan
b) Hubungan diplomatik
c) Penaklukan dan ketenteraan
d) Kebudayaan
e) Intelektuál (ms 164-165)

Huraikan cara tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain dalamaspek-aspek berikut:
Jawapan:
A. Perdagangan dan Perniagaan
• Perdagangan jarak jauh membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun di dunia.
• Nabi Muhammad s.a.w. pernah berniaga sehingga ke Syam(Syria).
• Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur Mediterranean membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi alat pertembungan Islam dengan tamadun Iain.
• Akhir abad ke-7 M. orang Islam menetap dan berdagang di Canton, China.
B. Hubungan diplomatik
• Membolehkan orang Islam mendapat pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun lain.
• Kerajaan Bani Umaiyah menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol.
• Kumpulan tersebut berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kawasan petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda.
C. Penaklukan dan ketenteraan
• Dalam usaha memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abassiyah dan Uthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan.
• Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi.
• Apabila tentera Islam menakluk kawasan Mesir dan Afrika Utara, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Rom iaitu empayar Byzantine.
• Pertembungan ini menyebabkan berlakulah interaksi dan asimilaşi antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
D. Kebudayaan
• Perluasan kawasan penyebaran Islam membolehkan pertembungan budaya antara tamadun Islam dengan tamadun lain berlaku.
• Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan budaya baru.
• Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah.
• Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
E. Intelektuál
• Berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
• Ilmuwan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah dan seterusnya berjaya
memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut pandangan intelektuál Islam, (ms 164-165)

Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain dalam aspek-aspek berikut:
Jawapan:
A. Keagamaan
• Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya.
• Islam membawa satu nilai akidah iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t.
• Islam yang berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa, kaum ataupun kawasan geografi.
• Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
B. Peluasan kawasan penyebaran Islam
• Peluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.
• Wujud masyarakat Islam di China yang berkekalan
sehingga kini.
C. Politik
• Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India.
• Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah mengamalkan persamaan dari segi amalan politik iaitu sistem berasaskan akidah dan syariah.
D. Ekonomi dan perdagangan
• Pemerintahan kerajaan Islam memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan naungannya dan ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin.
• Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi.
• Pedagang Islam sejak abad ke-7 M. berjaya berdagang ke kawasan India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China di sebelah Timur. Di sebelah Barat pula ialah kawasan Sepanyol, selatan Perancis Armenia, dan selatan gurun Sahara di benua Afrika.
• Pedagang Islam menguasai perdagangan di Laut Merah, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
• Kawasan pusat ekonomi Islam merangkumi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul.
• Zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan dan sebagai jambatan antara dunia Timur dan Barat.
E. Penyelarasan undang-undang
• Islam menyediakan sistem perundangannya sendiri yang berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk dijadikan panduan dan pedoman.
• Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang- undang yang saksama di kawasan naungannya.
F. Organisasi sosial
• Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya.
G. Perkembangan pendidikan dan keintelektualan
• Perkembangan pendidikan Islam bukan sahaja menekankan pendidikan berbentuk agama sahaja tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik, dan teknologi.
• Zaman kerajaan Abbasiyah, para pelajar ditempatkan di institusi pembelajaran Islam juga wajib mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah, sains fizikai
dan biologi.
• Penaklukan membolehkan cendikiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat.
• Cendikiawan Islam menterjemahkan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
• Penubuhan perpustakaan iaitu Baitulhikmah oleh Khalifah Harun al-Rasyid (kerajaan Abbasiyah) menggalakkan lagi perkembangan penterjemahan.
• Melahirkan para cendekiawan dalam pelbagai bidang.
• Dalam bidang perubatan: Zakaria al-Razi (865-925 M.) menyumbangkan kepentingan klinikai dan menghasilkan 20 karya antaranya kitab al-Hawi iaitu sebuah ensiklopedia perubatan; Al-Zahrawi (939-1013 M.) tokoh yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
• Bidang Matematik dan astronomi: al-Khawarizmi, al- Battani, Abu Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni.
• Bidang pemikiran politik dan undang-undang: Al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi.
• Bidang ilmu mantik dan falsafah: Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.
• Ilmuan Islam berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan tamadun luar dengan menambah idea yang bernas dan mantap.
• Keilmuan Islam berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan sosial.
• Masyarakat Eropah memanfaatkan keilmuan Islam sehingga berjaya keluar daripada Zaman Gelap. Perkembangan kesusasteraan
• Cendekiawan Islam turut memberi sumbangan dalam dunia kesusasteraan.
• Antara penulis puisi dan novel : Omar Khayyam (Ŕuba'iyah); al-Jahiz (Kitab al-Bayan); Jalal al-Din Rumi (puisi bertema ketuhanan); Rabia'ah al-Adawiah (puisi bertema ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan). Cara hidup
• Orang Islam turut mempengaruhi tatatertib kehidupan harian melalui cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik.
• Zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam iaitu bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
• Tatasusila kehidupan harian orang Islam berterusan diamalkan hingga ke pertengahan zaman Renaissance.
• Golongan Mudejar yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut. Seni bina
• Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat di masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.
• Tema seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaan tauhid dan akidah. Perkembangan penerokaan
• Ramai cendekiawan Islam mengembara dan meneroka kawasan luar naungan Islam untuk menambah ilmu.
• Ibn Battuta (1304-1377M.) mengembara ke China, India dan Afrika. Catatan Ibn Battuta dihargai oleh sejarawan kerana ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya. • Al-Mascudi (945M.) mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika. Ibn Fadhlan mengembara ke utara Eropah pada abad ke-12. (ms 165-169)