Apakah tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab untuk mengelakkan salah laku oleh hakim?
Jawapan:
Tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab untuk mengelakkan salah laku oleh hakim ialah dengan memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan-jabatan lain dan hakim diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu sekitar 500 dirham. (ms 146)
Apakah langkah yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab bagi menguatkan pertahanan negara dan angkatan tentera Islam? (ms 146)
Jawapan:
a) Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
b) Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
c) Markas tentera dibina di bandar-bandar utama.
d) Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negera musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Nyatakan pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang sosial.
Jawapan:
a) Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
b) Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman.
c) Memperkenalkan kalendar Islam iaitu menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam. (msl46)
Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khatab dalam bidang ekonomi?
Jawapan:
a) Membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di Mesir.
b) Rakyat digalakkan meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar untuk aktiviti pertanian.
c) Memperkenalkan pelbagai j enis cukai seperti cukai j izyah, dan cukai kharaj.
d) Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negară melalui sistem jizyah dan kharaj. (ms 147)
Huraikan sistem cukai yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar bin al- Khattab.
Jawapan:
a) Cukai jizyah iaitu cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Namun begitu cukai yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan.
b) Cukai kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim. Cukai ini dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Contohnya tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum dikenakan cukai dua dirham dan anggur dikenakan cukai 10 dirham. (msl47)
Apakah yang dimaksudkan dengan golongan zimmi?
Jawapan:
Zimmi ialah golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam. Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat tetapi mereka dikenakan jizyah. (ms 147)
Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan dalam aspek politik?
Jawapan:
a) Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.
b) Mengukuhkan pertahanan negara iaitu dengan membina angkatan tentera laut Islam.
c) Memperkuat angkatan tentera laut Islam dengan membeli peralatan senjata dan kapal. (ms 147)
Apakah tindakan yang diambil oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi menyelaraskan bacaan al-Quran?
Jawapan:
Khalifah Uthman telah mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. (ms 148)
Apakah usaha yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi mempertingkatkan ekonomi?
Jawapan:
Usaha yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi mempertingkatkan ekonomi ialah dengan memperkukuhkan peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara dan memperkuatkan angkatan tentera laut serta mengekalkan jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam sebagai sumber pendapatan baitulmal. (ms 148)
Huraikan sumbangan-sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam pemerintahannya?
Jawapan:
a) Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
b) Sanggup menghentikan peperangan saudara walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan disebabkan pihak lawan telah mengangkat al-Quran.
c) Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
d) Mengikat perjanjian dengan gologan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka. (ms 148)
Soal Jawab Bab 6 Tingkatan 4 (2)
Posted by
Irazan
19 May 2009
Labels: BAB6 T4